Saturday, May 14, 2011

Kembar..

Salam..

memandangkan dalam hati dan kepala ni masih lagi teringatkan anak-anakku tu, so aku rase nak letak entri ni...
info2 ni aku dapat dari internet...tapi paling aku senang faham yang ni la...
ni pasal kembar dua je...dan kepada doktor2 di luar sana, kalu ade info yang salah, tolong betulkan ye..

umumnya ada 2 jenis kembar..
1.kembar tak seiras
2.kembar seiras

kembar tak seiras
berlaku bila ada dua persenyawaan (2 sperma & 2 ovum).....senang nak faham kan.
kadang2 kedua2 persenyawaan ni berlaku pada jarak masa yg berbeza menjadikan usia janin berbeza beberapa minggu.maka tak mustahil boleh dapat kembar yg tak sama usia.
sifat2 kembar tak seiras sama seperti sifat2 adik beradik yg lahir berbeza tahun misalnya personaliti,jantina,rupa paras yg berbeza.
semasa di dalam kandungan mereka mempunyai kantung masing2 & tidak berkongsi uri/plasenta.

kembar seiras
berlaku bila satu telur yg telah disenyawakan terbahagi dua...sebab apa dia terbahagi dua?...wallahualam.

bergantung kepada bila masanya berlaku pembahagian tersebut,kembar seiras terbahagi kepada 3 jenis:
1...satu kantung & satu uri (monoamniotic,monochorionic)
2...dua kantung & satu uri (diamniotic,monochorionic)
3...dua kantung & dua uri (diamniotic,dichorionic)
satu kantung,satu uri

dua kantung,satu uri
(yg line putih tu biasanya dalam report scan ditulis sbg separating membrane)

dua kantung,dua uri

lebih lewat pembahagian berlaku,lebih banyak struktur yg akan dikongsi oleh kembar ini.maka kembar siam @ conjoint twins adalah hasil daripada satu zygote(@ senang faham...janin) yg terpisah pada peringkat yg lebih lewat (melebihi 12 hari selepas persenyawaan).

**kantung adalah bekas yg mengandungi air mentuban (liqour) yg menjadi tempat pembesaran janin di dalam rahim.

kembar yg berkongsi satu kantung & satu uri lebih berisiko utk mengalami komplikasi di dalam kandungan seperti terbelit tali pusat & persaingan sesama sendiri (twins to twins transfusion).persaingan utk mendapatkan zat makanan kadang kala mengakibatkan satu janin menjadi lebih kecil.ada juga yang lebih teruk hingga mengakibatkan kematian satu janin.

oleh kerana berasal dari satu telur,kembar seiras mempunyai ciri2 yang serupa.tetapi ada kembar seiras yg berlainan jantina...sgt jarang berlaku.

ooo...mcm tu....untuk arwah anak2ku doktor tulis MCMA-(Monochorionic, Monoamniotic)....Mereka kongsi segala2nya...emmm....

Al-fatihah.....untuk anak2 mama..




2 comments:

adzmin said...

Alhamdulillah... Sangat ringkas dan padat penjelasan puan tentang kembar..thanks for the sharing.. saya yang kembar seiras ni pun tak tau yang ada 3 jenis kembar seiras.. BTW, thanks again..
Semoga ALLAH menempatkan anak-anak kembar puan di tempat mereka2 yang ALLAH rahmati.. AMeen.. Al-fatihah

#boleh saya tahu pada minggu ke berapa kandungan kembar puan gugur?

umi_mujahid said...

sy juga mempunyai anak-anak kembar jenis MCMA. Pada usia kandungan 14 minggu, Doktor sahkan mereka telah tiada kerana komplikasi tebelit tali pusat. Moga mereka gembira d sana. Amin