Saturday, May 14, 2011

Kembar..

Salam..

memandangkan dalam hati dan kepala ni masih lagi teringatkan anak-anakku tu, so aku rase nak letak entri ni...
info2 ni aku dapat dari internet...tapi paling aku senang faham yang ni la...
ni pasal kembar dua je...dan kepada doktor2 di luar sana, kalu ade info yang salah, tolong betulkan ye..

umumnya ada 2 jenis kembar..
1.kembar tak seiras
2.kembar seiras

kembar tak seiras
berlaku bila ada dua persenyawaan (2 sperma & 2 ovum).....senang nak faham kan.
kadang2 kedua2 persenyawaan ni berlaku pada jarak masa yg berbeza menjadikan usia janin berbeza beberapa minggu.maka tak mustahil boleh dapat kembar yg tak sama usia.
sifat2 kembar tak seiras sama seperti sifat2 adik beradik yg lahir berbeza tahun misalnya personaliti,jantina,rupa paras yg berbeza.
semasa di dalam kandungan mereka mempunyai kantung masing2 & tidak berkongsi uri/plasenta.

kembar seiras
berlaku bila satu telur yg telah disenyawakan terbahagi dua...sebab apa dia terbahagi dua?...wallahualam.

bergantung kepada bila masanya berlaku pembahagian tersebut,kembar seiras terbahagi kepada 3 jenis:
1...satu kantung & satu uri (monoamniotic,monochorionic)
2...dua kantung & satu uri (diamniotic,monochorionic)
3...dua kantung & dua uri (diamniotic,dichorionic)
satu kantung,satu uri

dua kantung,satu uri
(yg line putih tu biasanya dalam report scan ditulis sbg separating membrane)

dua kantung,dua uri

lebih lewat pembahagian berlaku,lebih banyak struktur yg akan dikongsi oleh kembar ini.maka kembar siam @ conjoint twins adalah hasil daripada satu zygote(@ senang faham...janin) yg terpisah pada peringkat yg lebih lewat (melebihi 12 hari selepas persenyawaan).

**kantung adalah bekas yg mengandungi air mentuban (liqour) yg menjadi tempat pembesaran janin di dalam rahim.

kembar yg berkongsi satu kantung & satu uri lebih berisiko utk mengalami komplikasi di dalam kandungan seperti terbelit tali pusat & persaingan sesama sendiri (twins to twins transfusion).persaingan utk mendapatkan zat makanan kadang kala mengakibatkan satu janin menjadi lebih kecil.ada juga yang lebih teruk hingga mengakibatkan kematian satu janin.

oleh kerana berasal dari satu telur,kembar seiras mempunyai ciri2 yang serupa.tetapi ada kembar seiras yg berlainan jantina...sgt jarang berlaku.

ooo...mcm tu....untuk arwah anak2ku doktor tulis MCMA-(Monochorionic, Monoamniotic)....Mereka kongsi segala2nya...emmm....

Al-fatihah.....untuk anak2 mama..




Thursday, May 12, 2011

Masa terus berlalu..

Salam...

Sedar tak sedar dah 4 hari aku bekerja semula selepas cuti panjang...Kesibukan kat ofis buat aku terlupa seketika pilu dan sakit dalam hati ni..tapi, bila tengok public datang nak daftar lahir kembar, terus aku termenung seketika...dalam hatiku berkata,"kalu baby2 ku ditakdirkan hidup sihat sempurna, bulan 9 nanti rakan sekerjaku akan tolong daftarkan kelahiran mereka...emmm...''

Sabtu lepas kami sekeluarga menziarahi persemadian mereka...menitis air mata ni..rindu sangat kat diorang.......hanya 2 batang pokok menjadi tanda mereka..niat di hati ingin letakkan batu sebagai tanda, tapi suami memujukku mengatakan itu xperlu...emmm...
anak2 mama, tenanglah kalian di sana bersama teman2 yang lain...mama sayang kalian, tapi Allah lebih sayangkan kalian...hu..

saat ini,sekali lagi air mata ini menitis......

Wednesday, May 4, 2011

Seminggu berlalu....

Salam...

Setelah seminggu berlalu, aku masih begini...luaran nampak biase je...dalam hanya Allah yang tahu...Malam2 susah betul aku nak lelapkan mata...ntahla...

minggu depan da naik kerja...malas rasa nak g ofis semula...malas nak berdepan dengan pertanyaan2 orang...kadang2 ade rase malu...tahla..semua aku rase sekarang....

rindu sangat kat mereka....tak sempat aku tatap dan cium pun, mereka dah dibawa pergi....anak-anak mama, insyaallah minggu ni babah bawa mama kat tempat kalian berada.....agak2 mereka selamat x kat situ?ade binatang korek x?...

kalau teringat diorang, mesti aku tengok buku merah tu...ade gambar2 scan, nota2 doktor...permit menguburkan...hu...semalam aku kemas2 baju2 maternity yang aku pakai sepanjang 3 bulan tu....sedihnye...tapi aku pasti akan bertambah sedih kalau baju2 tu ada kat luar...

emm...



Buku merah 2011





Permit Kubur kembarku..